In The Name of Allah The Most Gracious And The Most Merciful...
Pihak Pro vs pihak cons..hmm,perdebatan tentang isu negara yang semakin hangat diperdebatkan namun sejauh mana kita sebagai remaja abad ke-21 benar-benar menghayati isu ini. SOKONG atau BANTAH?? kadang-kadang perkara mengenai nuklear ini susah untuk kita buat keputusan kerana ada pro nye dan tidak kurang juga cons nya. Usir keliru anda dengan menetapkan satu pendirian mengenai 'RELEVENKAH TENAGA NUKLEAR DI MALAYSIA?'.
Melalui satu elemen Project Based Learning, kami diarahkan oleh DR.Nurulhuda untuk mengadakan satu sesi perdebatan yang telah pun dijalankan pada 3 Oktober 2011 pada waktu kelas 4P.
Kumpulan Pro diwakili oleh saya sendiri,Ain dan kawan saya, saudara Tarmimi. Manakala kumpulan cons diwakili oleh saudari Nurhafizah dan Hanafi.Sidang dewan menjadi gamat dengan hujah-hujah yang kami ajukan.Antara hujah pihak pro ialah nuklear bersifat mesra alam,hanya membuat mini loji sudah memadai untuk membekalkan kuasa yang besar,sokongan kerajaan, desakan sumber tenaga pada masa akan datang, kestabilan sains dan teknologi, keselamatan yang terjamin, peluang untuk meneroka ke alam lebih mencabar, peluang pekerjaan dan sebagainya....Hujah kami dipatahkan oleh pihak cons dengan mengatakan tentang bahayanya radiasi dan risiko kemalangan di loji, tiada tempat pelupusan, banyak lagi sumber lain seperti hidroelektrik,biojisim dan sebagainya.
Secara keseluruhan, Dr.Nurulhuda dan pihak pro dan cons berpuas hati dengan perdebatan tersebut tetapi menyatakan bahawa hujah pihak pro kurang mantap dan 'solid'. Ini mungkin kerana faktor masa, gemuruh dan sebagainya manakala sidang ketua dewan tidak memutuskan keputusan untuk memilih pro ataupun cons namun menyatakan Nuklear wajar digunakan bukan sebagai sumber utama,namun mewakili separuh daripada sumber tenaga di Malaysia.
Bagi saya secara peribadi, setiap tenaga ada baik dan buruknya. Jika malaysia benar-benar komited mahu menjadikan tenaga nuklear sebagai tenaga alternatif kepada sumber tenaga petroleum, seharusnya penyelidikan dilakukan dengan lebih teperinci lagi, dan kita juga seharusnya membuka minda kita bahawa tenaga ini mampu 'menyelamatkan' kita daripada masalah petroleum yang makin berkurangan dan lama kelamaan akan kehabisan. Tenaga hidroelektrik,biojisim dan lain-lain pula seakan-akan tidak mencukupi untuk memberi bekalan tenaga di seluruh Malaysia yang dijangka populasinya akan bertambah lagi pada masa akan datang.Takkan nak biarkan generasi kita kembali ke zaman lampau dengan tiadanya elektrik??Di saat itu,mungkin pihak cons akan mengubah fikiran mereka.Namun, Nasi sudah menjadi bubur.....
Ayuh,generasi muda,buka minda kita dan buang persepsi buruk terhadap nuklear. jika niat baik, InsyaAllah segalanya dimudahkan olehNYa..
Akhir kalam,
serangkap pantun permisi debat....
Membeli ikan di kedai Kiran,
Memasak gulai bersama mama,
Ayuh rakan buka fikiran,
Jadikan NUKLEAR tenaga utama..
:))
Friday, 7 October 2011
APA YANG KITA FAHAM TENTANG KEMAHIRAN PROSES SAINS??..
Kemahiran proses sains merupakan pendedahan yang diberikan kepada pelajar untuk mereka meneroka alam sekeliling dan seterusnya membina konsep sains melalui bukti serta data yang diperolehi.Dr Nurul mengarahakan kami untuk membuat 'homework' mengenai perkara ini dan meminta kami untuk memberi penjelasan dan penerangan pada kelas berikutnya iaitu pada 27 september,hari selasa.
1.memerhati(observing)
- Kemahiran menggunakan lima deria iaitu pendengaran, penglihatan, bau, rasa dan sentuhan untuk mengumpul maklumat tentang sesuatu objek atau fenomena
- contoh: daun pokok itu bewarna kuning dan berlubang.
2. mengelas/ classifying
- Menggunakan pemerhatian untuk mengelaskan objek atau peristiwa mengikut persamaan atau perbezaan.
- contoh : terdapat banyak daun yang berwarna kuning pada pokok itu berbanding daun berwarna hijau.
3. mengukur dan menggunakan nombor ((measuring and using numbers)
- Kebolehan membuat pemerhatian secara kuantitatif yang melibatkan penggunaan alat piawai.
- contoh : mengambil bacaan sudut yang tepat dengan menggunakan protaktor.
4. membuat inferens.
- kesimpulan awal untuk menerangkan sesuatu pemerhatian, fenomena, kejadian atau peristiwa berdasarkan pemerhatian yang telah dibuat.
- ianya boleh jadi benar @ tidak
- menggunkan logik akal atau pengalaman lalu untuk membuat inferens ini
- contoh : daun pokok itu kekuningan disebabkan terlebih baja NPK.
5. Meramal (predicting).
- proses untuk menentukan dan menjangka peristiwa yang akan berlaku.
- menyatakan hasil yang akan dicapai berdasarkan logik akal/pengetahuan/ yang sedia ada serta data yang boleh dipercayai.
- contoh : jika keadaan pokok itu berlanjutan, maka pokok itu akan mati akibat terlebih baja.
6. Berkomunikasi (communicating)
- kemahiran yang merujuk kepada kebolehan menerima, memilih dan mempersembahkan maklumat @ idea dalam pelbagai bentuk.
- persembahan idea @ maklumat boleh jadi dilakukan dalam bentuk graf, jadual ataupun model.
- contoh : graf menunjukkan daya berkadar terus dengan had laju.
7. Menggunakan perhubungan ruang dan masa (using space-time relationship)
- Kebolehan memperihalkan atau menunjukkan lokasi, arah, bentuk dan saiz sesuatu objek dan perubahannya mengikut masa.
8. Mentafsir data (interpreting data)
- Kebolehan memberi penerangan(penjelasan) rasional tentang objek, fenomena atau pola berdasarkan maklumat yang dikumpul.
- contoh : jika had laju bertambah, maka daya juga bertambah
9. Hipotesis: membuat satu pernyataan yang menghubungkait antara pemboleh ubah.
Pada keseluruhannya,kita sebagai bakal guru haruslah menguasai kemahiran proses sains untuk memudahkan proses P&P bersama pelajar kelak..:)
untuk renungan bersama: Hadiah Terbaik Kepada kawan - Kesetiaan,Kepada musuh - Kemaafan,Kepada ketua - Khidmat,Kepada yang muda - Contoh terbaik,Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan,Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan,Kepada manusia - Kebebasan
Tuesday, 27 September 2011
salam 29 syawal....hari ini ini saya belajar dengan bersemangat di dalam kelas KPD 3016..Seperti yang kita tahu ramai antara kita yang berbeza sudut pandangan mengenai kurikulum..Pada pendapat saya pula,kurikulum itu satu sukatan pelajaran yang digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia..hhmm..yang mana satu dari yang dibawah ini boleh diguna pakai, tetapi yang penting sejauh mana kita memahami kesemua definisi tersebut...:)
- Skop & urutan (Scope and sequence)
- Sukatan pelajaran (Syllabus)
- Rangka isi kandungan (Content outline)
- Standard (Standards)
- Buku teks (Textbooks)
- Kursus yang diikuti (Course of study)
- Pengalaman Terancang (Planned experiences)
- Pelan akademik (Academic plan)
selain itu, kami juga belajar tentang perbezaan fakta, hukum dan teori.semuanya ada di dalam nota tetapi apa yang boleh ditulis disini ialah hukum hanya memperihalkan sesuatu dalam dunia semula jadi ini (desribe) manakala teori akanmenjelaskannya dan mempunyai bukti2 yang menyokong (explain)
Assalamualaikum....salam sejahtera..Ini merupakan kelas ke 3 bagi kami dalam kursus ini bersama Dr.Nurul Huda. Pada hari ini bersamaan 20 September 2011 kami telah didedahkan dengan pelbagai istilah-istilah yang mungkin dianggap mudah, tapi sebenarnya agak sukar untuk ditafsirkan. Dr.Nurul mengarahkan kami untuk membuat carta aliran bagi menhubungkaitkan antara istilah-istilah tersebut. Antara istilahnya ialah

Pendidikan | Proses di mana pelajar mampu mempelajari sesuatu dengan tujuan membangunkan dirinya secara holistik. Pendidikan boleh jadi formal, non-formal, dan informal. |
Instruksi | Proses memudah cara pembelajaran ke arah objektif yang telah ditetapkan sama ada melalui guru atau cara lain |
Pengajaran | Tindakan guru secara langsung yang direka bentuk bagi membantu pembelajaran |
Teknologi | Set peralatan dan sumber yang membantu menyelesaikan masalah adaptasi yang dihadapi manusia dalam persekitarannya |
Penaksiran | Proses mengumpul data tentang apa yang pelajar tahu dan boleh lakukan bagi membantu dalam proses membuat keputusan. |
Pembelajaran | : Proses membina dan mendapat pengetahuan, kemahiran, sikap, dan nilai tertentu yang boleh diaplikasikan |
semoga kita semua dapat membezakan istilah-istilah ini dan memahaminya dengan pemahaman sendiri yang jelas...
“Myths of Science” quiz.
Directions:
Each statement below is about science. Some statements are
true and some are false. On the line in front of each statement,
write a “T” if it is true and an “F” if false. Then support your
response to each statement with at least one paragraph on a
separate sheet of paper.
_F__ 1. Science is a system of beliefs.
_F__ 2. Most scientists are men because males are better at
scientific thinking.
_T__ 3. Scientists rely heavily on imagination to carry out
their work.
__F_ 4. Scientists are totally objective in their work.
__F_ 5. The scientific method is the accepted guide for
conducting research.
_F__ 6. Experiments are carried out to prove cause-andeffect
relationships.
_F__ 7. All scientific ideas are discovered and tested by
controlled experiments.
__F_ 8. A hypothesis is an educated guess.
_F__ 9. When a theory has been supported by a great deal of
scientific evidence, it becomes a law.
__T_ 10. Scientific ideas are tentative and can be modified or
disproved, but never proved.
_T__ 11. Technology preceded science in the history of
civilization.
_F__ 12. In time, science can solve most of society’s problemsDaripada kuiz ini, saya hanya menjawab 4 soalan dengan betul kerana terdapat banyak salah anggapan mengenai sains. Saya seronok membuat kuiz ini kerana daripada kesilapan tersebut, saya telah dapat mengemukakan beberapa pandangan walaupun tidak tepat. Terima kasih kepada DR.NURULHUDA kerana memberi peluang kepada kami untuk belajar dari kesilapan tentang sains.:)
Monday, 12 September 2011
13 syawal bersama kelas pertama
Saat memasuki kelas kpd3016 iaitu kelas Kursus Pengajaran, Teknologi danPentaksiran 1 , saya berasa bersemangat untuk belajar bersama rakan-rakan kelas AT12 dan tenaga pengajar kursus ini DR Nurulhuda. Pada hari ini kami belajar mengenai "Problem Based Learning". Banyak input baru yang saya perolehi dan ini merupakan sesuatu yang amat penting dalam hidup kita...
Kami didedahkan dengan ilmu baru iaitu 21st Century Skill. Selain itu kami diberi tugasan iaitu Project Based Learning. Dalam tugasan ini kami dibahagikan kepada lima kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai lapan orang ahli. Dalam tugasan ini kami dikehendaki untuk membangunkan sebuah blog untuk setiap orang.
Kami didedahkan dengan ilmu baru iaitu 21st Century Skill. Selain itu kami diberi tugasan iaitu Project Based Learning. Dalam tugasan ini kami dibahagikan kepada lima kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai lapan orang ahli. Dalam tugasan ini kami dikehendaki untuk membangunkan sebuah blog untuk setiap orang.
Sunday, 11 September 2011
Subscribe to:
Posts (Atom)


