Tuesday 27 September 2011

salam 29 syawal....hari ini ini saya belajar dengan bersemangat di dalam kelas KPD 3016..Seperti yang kita tahu ramai antara kita yang berbeza sudut pandangan mengenai kurikulum..Pada pendapat saya pula,kurikulum itu satu sukatan pelajaran yang digariskan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia..hhmm..yang mana satu dari yang dibawah ini boleh diguna pakai, tetapi yang penting sejauh mana kita memahami kesemua definisi tersebut...:)



selain itu, kami juga belajar tentang perbezaan fakta, hukum dan teori.semuanya ada di dalam nota tetapi apa yang boleh ditulis disini ialah hukum hanya memperihalkan sesuatu dalam dunia semula jadi ini (desribe) manakala teori akanmenjelaskannya dan mempunyai bukti2 yang menyokong (explain)
Assalamualaikum....salam sejahtera..Ini merupakan kelas ke 3 bagi kami dalam kursus ini bersama Dr.Nurul Huda. Pada hari ini bersamaan 20 September 2011 kami telah didedahkan dengan pelbagai istilah-istilah yang mungkin dianggap mudah, tapi sebenarnya agak sukar untuk ditafsirkan. Dr.Nurul mengarahkan kami untuk membuat carta aliran bagi menhubungkaitkan antara istilah-istilah tersebut. Antara istilahnya ialah




Pendidikan
Proses di mana pelajar mampu mempelajari sesuatu dengan tujuan membangunkan dirinya secara holistik. Pendidikan boleh jadi formal, non-formal, dan informal.
Instruksi
Proses memudah cara pembelajaran ke arah objektif yang telah ditetapkan sama ada melalui guru atau cara lain
Pengajaran
Tindakan guru secara langsung yang direka bentuk bagi membantu pembelajaran
Teknologi
Set peralatan dan sumber yang membantu menyelesaikan masalah adaptasi yang dihadapi manusia dalam persekitarannya
Penaksiran
Proses mengumpul data tentang apa yang pelajar tahu dan boleh lakukan bagi membantu dalam proses membuat keputusan.
Pembelajaran
: Proses membina dan mendapat pengetahuan, kemahiran, sikap, dan nilai tertentu yang boleh diaplikasikan

semoga kita semua dapat membezakan istilah-istilah ini dan memahaminya dengan pemahaman sendiri yang jelas...





“Myths of Science” quiz.

Directions:
Each statement below is about science. Some statements are
true and some are false. On the line in front of each statement,
write a “T” if it is true and an “F” if false. Then support your
response to each statement with at least one paragraph on a
separate sheet of paper.
_F__ 1. Science is a system of beliefs.
_F__ 2. Most scientists are men because males are better at
scientific thinking.
_T__ 3. Scientists rely heavily on imagination to carry out
their work.
__F_ 4. Scientists are totally objective in their work.
__F_ 5. The scientific method is the accepted guide for
conducting research.
_F__ 6. Experiments are carried out to prove cause-andeffect
relationships.
_F__ 7. All scientific ideas are discovered and tested by
controlled experiments.
__F_ 8. A hypothesis is an educated guess.
_F__ 9. When a theory has been supported by a great deal of
scientific evidence, it becomes a law.
__T_ 10. Scientific ideas are tentative and can be modified or
disproved, but never proved.
_T__ 11. Technology preceded science in the history of
civilization.
_F__ 12. In time, science can solve most of society’s problems



Daripada kuiz ini, saya hanya menjawab 4 soalan dengan betul kerana terdapat banyak salah anggapan mengenai sains. Saya seronok membuat kuiz ini kerana daripada kesilapan tersebut, saya telah dapat mengemukakan beberapa pandangan walaupun tidak tepat. Terima kasih kepada DR.NURULHUDA kerana memberi peluang kepada kami untuk belajar dari kesilapan tentang sains.:)

Monday 12 September 2011

13 syawal bersama kelas pertama

Saat memasuki kelas kpd3016 iaitu kelas Kursus Pengajaran, Teknologi danPentaksiran 1 , saya berasa bersemangat untuk belajar bersama rakan-rakan kelas AT12 dan tenaga pengajar kursus ini DR Nurulhuda. Pada hari ini kami belajar mengenai "Problem Based Learning". Banyak input baru yang saya perolehi dan ini merupakan sesuatu yang amat penting dalam hidup kita...

Kami didedahkan dengan ilmu baru iaitu 21st Century Skill. Selain itu kami diberi tugasan iaitu Project Based Learning. Dalam tugasan ini kami dibahagikan kepada lima kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai lapan orang ahli. Dalam tugasan ini kami dikehendaki untuk membangunkan sebuah blog untuk setiap orang.