Assalamualaikum....salam sejahtera..Ini merupakan kelas ke 3 bagi kami dalam kursus ini bersama Dr.Nurul Huda. Pada hari ini bersamaan 20 September 2011 kami telah didedahkan dengan pelbagai istilah-istilah yang mungkin dianggap mudah, tapi sebenarnya agak sukar untuk ditafsirkan. Dr.Nurul mengarahkan kami untuk membuat carta aliran bagi menhubungkaitkan antara istilah-istilah tersebut. Antara istilahnya ialah
Pendidikan | Proses di mana pelajar mampu mempelajari sesuatu dengan tujuan membangunkan dirinya secara holistik. Pendidikan boleh jadi formal, non-formal, dan informal. |
Instruksi | Proses memudah cara pembelajaran ke arah objektif yang telah ditetapkan sama ada melalui guru atau cara lain |
Pengajaran | Tindakan guru secara langsung yang direka bentuk bagi membantu pembelajaran |
Teknologi | Set peralatan dan sumber yang membantu menyelesaikan masalah adaptasi yang dihadapi manusia dalam persekitarannya |
Penaksiran | Proses mengumpul data tentang apa yang pelajar tahu dan boleh lakukan bagi membantu dalam proses membuat keputusan. |
Pembelajaran | : Proses membina dan mendapat pengetahuan, kemahiran, sikap, dan nilai tertentu yang boleh diaplikasikan |
semoga kita semua dapat membezakan istilah-istilah ini dan memahaminya dengan pemahaman sendiri yang jelas...
No comments:
Post a Comment