Tuesday, 22 November 2011

PEMBELAJARAN KOPERATIF


Pada hari ini, dr nurul memulakan pembelajaran dengan bertanyakan tentang berapa kaedah yang telah kami pelajarai. setakat ini kami telah mempelajari sebanyak 4 kaedah pembelajaran iaitu inkuiri, PBL, PjBl dan thinking based learning.

Seterusnya dr nurul memulakan pembelajaran baru iaitu kaedah pembelajaran koperatif.
persoalan yang diajukan oleh dr nurul ialah adakah pembelajaran secara berkumpulan yang dijalankan di sekolah itu adalah pembelajaran koperatif yang sebenar. selain itu, persoalan lain yang perlu kami cari jawapannya ialah prinsip asas dan bagaimana hendak  menjalankan pembelajaran secara koperatif tersebut.
di sini dr nurul memperkenalkan tentang TEKNIK JIGSAW. dr nurul memulakan tentang tugasan yang perlu kami buat.
1) setiap kumpulan perlu membentuk 5 orang ahli
2)kemudian kami diberi nombor masing-masing dalam kumpulan ASAL.
3)selepas itu, dr mengarahkan kami untuk bergerak dalam kumpulan EXPERT iaitu ahli yang mempunyai nombor yang sama.
4)dalam kumpulan expert itu, kami berbincang dalam kumpulan. saya memegang nombor 5 dimana teknik yang perlu bincang adalam teams ialah Number & heads together...
5)kami berbincang mengenai prinsip pembelajaran koperatif dan bagaimana TGT dijalankan.




PRINSIP KOPERATIF
1) saling bergantung secara positif
2)penanggungjawaban individu
3) interaksi bersemuka
4) pemprosesan kumpulan

teknik dalam pembelajaran KOPERATIF
1)STAD(student team achievement division)
2)GI(group investigation)
3)TGT(teams group tournaments)
4)TAI(team accelerated instruction)
5)NUMBER HEADS TOGETHER

selepas itu, untuk mengetahui tahap kefahaman kami, dr nurul  telah memberi beberapa soalan kepada setiap kumpulan untuk memberi markah bonus dalam ujian 1.pemarkahan diambil berdasarkan dalam teknik number heads together. dimana markah yang tertinggi akan diambil.
contoh soalan:
1) huraikan secara ringkas apa yang dimaksudkan dengan pembelajaran koperatif
2)apakah ciri-ciri pembelajaran koperatif
3)adakah pembelajaran dalam makmal merupakan pembelajaran koperatif

Kumpulan gelora merupakan kumpulan yang menang dan diberi markah bonus..

Monday, 21 November 2011

2I NOVEMBER 2011
Anak Pak Mail pergi mengembara,
Pergi bersama Nona & Nini,
Assalamualaikum pemula bicara,
Bersua kembali di blog ini..


Sepertimana yang kita sedia maklum, pada minggu lepas  dr meminta kita untuk membuat prezi berkaitan 'Saya,media & teknologi' dan meminta untuk menghantarnya pada hari Jumaat. Pada kelas hari ini, dr memberi ulasan, komen & pandangan mengenai hasil kerja kami dan meinta kami membuat penambahbaikan. Dr.juga menyuruh kami membuat sebuah prezi yang tersusun, menarik & mudah difahami.


Setelah itu, dr meminta kami membuat ulangan test 1 bagi soalan no 6 sahaja bagi membuat pertambahan markah. Test tersebut dilakukan secara individu dan kami diberi masa 30 minit.


tujuan dr nurul untuk memahamkan kami tentang fasa kedua menstruktur idea. dr nurul menguji tahap kefahaman kami dengan mengkehendaki kami menjalankan inkuiri berdasarkan tajuk prinsip bernoulli. sesi perbincangan berlaku selama 30 minit.selepas itu, barulah saya lebih faham tentang fasa kedua dalam inkuiri induktif iaitu menstruktur semula idea.




1 jam kemudian,  dr nurul memulakan pembelajaran baru dengan miskonsepsi dalam sains

contoh soalan miskonsepsi:
1)hotter objects contain more heat than colder objects (yes)-false
2)heavier objects always fall faster than lighter objects.(false because they are having a same gravity and air resistance)-they fall and touch the ground at the same time
3) light objects float while heavy objects sink( false because they are no related with weight.the object is immersed ia a fluid is buoyed up bya a force equal to the weight of the fluid displaced by the object)
4) objects float because there`s air in them( yes)-false
5) an object that is thrown upwards continue to move upwards because the force applied by the hand is still acting on it.(false)


penerangan:
1) haba adalah tenaga yang berpindah berlaku disebabkan perbezaan suhu. maksudnya haba tidak boleh dikandung.objek tidak boleh mengandungi haba di dalamnya. oleh itu, jika berlaku thermal equilibrium maka tiada haba yang mengalir di dalamnya.


contoh: (molekul yang akan memindahkan haba dan mengalami tenaga kinetik)

c = tenaga haba yang diperlukan untuk menaikkan suhu 1 darjah celsius pada 1jisim berat

*tenaga haba boleh diserap dan dibebaskan tetapi tidak boleh dikandung* 
*apabila diserap tenaga tersebut dinamakan tenaga dalaman. jika tenaga kinetik meningkat maka tenaga dalaman juga akan meningkat*
*tenaga haba pendam tentu pula adalah untuk mengubah sesuatu fasa daripada pepejal kepada cecair tanpa  berlaku perubahan suhu*

 2) kalau free fall objek yang ringan dan berat akan jatuh pada masa yang sama di mana rintangan udara boleh diabaikan

3) 2 faktor : isipadu sesuatu objek  dan daya tujahan dan apungan bergerak serentak.(daya apungan dan daya bersih adalah lebih besar)


4) jumlah cecair yang disesarkan adalah sama dengan daya apungan. lebih banyak cecair yang disesarkan lebih mudah untuk objek itu terapung.



Assalamualaikum & salam sejahtera...hari ini, kami belajar mengenai problem based learning..Apa ya PBL??sebelum ni kita belajar mengenai PjBL..
Problem Based Learning=

§PBL adalah satu konsep P&P yang menambahbaik kemahiran multidisiplin berdasarkan pendekatan terancang dalam penyelesaian masalah
§Satu kaedah pembelajaran mendidik pelajar untuk menyelesaikan masalah,dan dalam masa yang sama membolehkan mereka menguasai kemahiran asas

Sebelum itu, drnurul menayangkan kepada kami satu video mengenai langkah-langkah yang terdapat dalam problem based learning iaitu 7 langkah penting.




1. tubuhkan satu kumpulan
2. kenal pasti masalah
3. cungkil idea
4.kenal pasti isu pembelajaran
5. membuat pembelajaran kendiri
6. sintesis & aplikasi
7. refleksi



melalui pemahaman saya sendiri, saya dapat simpulkan bahawa problem based learning merupakan satu pembelajaran yang meminta pelajar menyelesaikan satu masalah melalui perbincangan dalam ahli kumpulan yang mana seorang ahli bertindak sebagai moderator & ada seorang pencatat.

Perbezaan PBL dengan PJbL ialah PBL hanya perlu pelajar menyelesaikan masalah & tiada benda yang perlu dihasilkan manakala PjBL meminta pelajar membuat keputusan atau menyelesaikan masalah, dan meminta pelajar membentangkan hasil di akhir pembelajaran dalam bentuk brochure,pamphlete, video, seminar,perdebatan dan sebagainya..sekian dari saya, terima kasih ;)
THINKING BASED LEARNING


???


Bloom's taxonomy
"Taxonomy” simply means “classification”, so the well-known taxonomy of learning objectives is an attempt (within the behavioural paradigm) to classify forms and levels of learning

bloomcog.gif (4879 bytes)









Skillful Classifying Deductively
¨What are the categories that you want to classify the given items under?
¨What are the defining characteristics of these categories?
¨What are the characteristics of the items?
¨Based on their characteristics, what categories do the items fall under?
¨What purposes might be served by classifying these items according to this characteristics?

















Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya sekali lagi saya berpeluang untuk menjengah ke blog ini..
Pada kelas hari Isnin bersamaan 14 November 2011, Dr.Nurul memmberikan tugasan kepada kami, namun kali ini bukan calang-calang tugasan...:)).Kemahiran pembelajaran secara problem based learning & project based learning dipraktikkan untuk menjawab soalan ini. Membuat satu prezi bertajuk 'Saya, media & teknologi' setiap seorang merupakan tugasan kami kali ini.
satu perkataan, PREZI.....kali pertama sebenarnya bagi saya mendengar nama prezi ini..



Tugasan anda: Gunakan persoalan di atas sebagai titik tolak dan dorongan bagi menghasilkan satu
rancangan perjalanan pembelajaran anda dalam mengintegrasi teknologi dan media di bilik darjah anda
kelak. Huraikan setiap langkah atau keputusan yang anda ambil di sepanjang perjalanan tersebut serta
semua teknologi dan media lama dan baru yang akan anda integrasi di bilik darjah beserta justifikasi
pemilihan. Gunakan kreativiti dan teknologi ICT untuk menghasilkan satu visual perjalanan yang bukan
saja berinformasi bahkan menarik. Paparkan rancangan ini dalam blog 


Setalah itu, kami diminta berbincang dalam kumpulan untuk dan setiap ahli diberi tugasan masing-masing mengenai media & teknologi seperti mencari definisi, keburukan dan kebaikan, faktor pemilihan, dan sebagainya.
Dr.Nurul mengingatkan kami supaya membuat rancangan perjalanan pembelajaran di dalam prezi kami.