Monday, 21 November 2011

Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan izin-Nya sekali lagi saya berpeluang untuk menjengah ke blog ini..
Pada kelas hari Isnin bersamaan 14 November 2011, Dr.Nurul memmberikan tugasan kepada kami, namun kali ini bukan calang-calang tugasan...:)).Kemahiran pembelajaran secara problem based learning & project based learning dipraktikkan untuk menjawab soalan ini. Membuat satu prezi bertajuk 'Saya, media & teknologi' setiap seorang merupakan tugasan kami kali ini.
satu perkataan, PREZI.....kali pertama sebenarnya bagi saya mendengar nama prezi ini..



Tugasan anda: Gunakan persoalan di atas sebagai titik tolak dan dorongan bagi menghasilkan satu
rancangan perjalanan pembelajaran anda dalam mengintegrasi teknologi dan media di bilik darjah anda
kelak. Huraikan setiap langkah atau keputusan yang anda ambil di sepanjang perjalanan tersebut serta
semua teknologi dan media lama dan baru yang akan anda integrasi di bilik darjah beserta justifikasi
pemilihan. Gunakan kreativiti dan teknologi ICT untuk menghasilkan satu visual perjalanan yang bukan
saja berinformasi bahkan menarik. Paparkan rancangan ini dalam blog 


Setalah itu, kami diminta berbincang dalam kumpulan untuk dan setiap ahli diberi tugasan masing-masing mengenai media & teknologi seperti mencari definisi, keburukan dan kebaikan, faktor pemilihan, dan sebagainya.
Dr.Nurul mengingatkan kami supaya membuat rancangan perjalanan pembelajaran di dalam prezi kami.

No comments:

Post a Comment