Monday 21 November 2011


Assalamualaikum & salam sejahtera...hari ini, kami belajar mengenai problem based learning..Apa ya PBL??sebelum ni kita belajar mengenai PjBL..
Problem Based Learning=

§PBL adalah satu konsep P&P yang menambahbaik kemahiran multidisiplin berdasarkan pendekatan terancang dalam penyelesaian masalah
§Satu kaedah pembelajaran mendidik pelajar untuk menyelesaikan masalah,dan dalam masa yang sama membolehkan mereka menguasai kemahiran asas

Sebelum itu, drnurul menayangkan kepada kami satu video mengenai langkah-langkah yang terdapat dalam problem based learning iaitu 7 langkah penting.




1. tubuhkan satu kumpulan
2. kenal pasti masalah
3. cungkil idea
4.kenal pasti isu pembelajaran
5. membuat pembelajaran kendiri
6. sintesis & aplikasi
7. refleksi



melalui pemahaman saya sendiri, saya dapat simpulkan bahawa problem based learning merupakan satu pembelajaran yang meminta pelajar menyelesaikan satu masalah melalui perbincangan dalam ahli kumpulan yang mana seorang ahli bertindak sebagai moderator & ada seorang pencatat.

Perbezaan PBL dengan PJbL ialah PBL hanya perlu pelajar menyelesaikan masalah & tiada benda yang perlu dihasilkan manakala PjBL meminta pelajar membuat keputusan atau menyelesaikan masalah, dan meminta pelajar membentangkan hasil di akhir pembelajaran dalam bentuk brochure,pamphlete, video, seminar,perdebatan dan sebagainya..sekian dari saya, terima kasih ;)

No comments:

Post a Comment