Saturday, 22 October 2011


Inkuiri saintifik terbahagi kepada empat langkah iaitu:-

Ø  Asking a question
Ø  Planning, completing and investigation
Ø  Answering the question or solving the problem
Ø  Communication the result to everyone.

Hari berikutnya, kami telah menjalankan satu ‘inquiry lab’ . Tajuk yang telah dipilih ialah Buoyant force and Archimedes principle.
Sepanjang aktiviti ini kami melalui pembelajaran 4 fasa seperti yang telah diajar sebelum ini.

  • Ø  Introduction
  • Ø  Re structure idea – inquiry
  • Ø  Application
  • Ø  Relection/closer
Cuma apa yang ingin ditekankan disini inkuiri saintifik akan berlaku di dalam fasa 2.
Dalam eksperimen ini, terlebih dahulu kami diberi soalan.


Ø  Why do heavy steel ships float while a piece of much lighter steel sinks? In fact why do some objects float while others sink?

         Hmm..kenapa ye…kapal yang besar dan berat tu boleh terapung dan logam ringan pula      
         boleh tenggelam.

         Selepas itu, eksperimen bermula….jom siasat….

         Gambar dibawah adalah gambaran eksperimen kami.




Buoyant force = Upward acting force when the object immerse in a fluid.

Setelah selesai eksperimen, kami dapat menjawab soalan tadi.

Answer: Some object float because there have an upward force acting on the ship when the ship  immerse in the liquid. The force acting is greater than it weight.





SALAM SEJAHTERA SEKALI LAGI DALAM BLOG KPD 3016,SATU-SATUNYA KURSUS YANG MEWAJIBKAN KITA MEMBINA BLOG....MENARIK2..:))


Hmm..pelajaran hari ini sangat menarik.Dr.Nurul menyruh kami duduk dalam kumpulan yang mengandungi 4 orang setiap kumpulan. 

Cook Book Lab vs Inquiry Lab. Apa ye terdetik dalam fikiran kita melihat dua frasa ni?Sebenarnya ini adalah dua teknik yang diperaktikkan oleh guru dalam pengajaran amali atau sesi eksperimen. Ha, kita sebagai bakal guru-guru fizik, perlulah tahu mengenai konsep ini untuk menjalankan eksperimen. Ini amat penting supaya setiap rancangan pengajaran kita menarik.

*"Cook Book Lab" bermaksud guru memberi manual atau atau panduan sepenuhnya semasa pelajar menjalankan eksperimen. Hal ini bermaksud pelajar menjalankan eksperimen berdasarkan kaedah yang diberi semata-mata.

*Dalam Inquiry Lab pula pelajar akan diberi satu "central guiding question" oleh guru. Berdasarkan soalan tersebut pelajar yang dibentuk dalam kumpulan akan berusaha mencipta manual eksperimen dan menjalankan eksperimen sendiri tetapi masih dikawal oleh guru. Dengan kata lain, guru hanya bertindak sebagai pemudah cara dalam sesi amali.

Dr Nurul telah memberikan satu "central guiding question" iaitu What is relationship between the bouyant force and the weight of liquid displaced? Hm,,tentulah ini prinsip 'Archimedes Principle'.






Macam ni lah susunan radas untuk eksperimen ni.


1)Hypothesis : Bouyant force = weight of water displaced by the object
2) Manipulated variable : Volume of the immersed object
    Responding Variable : Weight of water displaced.
    Constant variable : Density of water.


3) Operational operation
   How to determine the bouyant force of water : Measure the weight of object in the air, actual   weight. Measure the weight of object in the water, apparent weight. 
Bouyant force = Actual weight-Apparent weight
    Weight of water : TAke the reading of weight of displaced water.


4) Radas : Seperti dalam rajah di ats=)


5) Result
Weight of object in air = 1.15 N
Weight of object in water = 1.0 N
Bouyant Force = 0.15 N
Weight of water of water displaced = 0.1


Tapi keputusan eksperiment ini tidak tepat sangat sebab ada ralat.


Sebelum kelas tamat, Dr Nurul memberi satu lagi soalan menarik berkaitan bouyant force.

Why do heavy steel ship floats while a piece of much light coin steel sink in water???







** Steel ship
>>Bouyant force is depent on the volume of water displace.
>>The area of steel ship that attach to the water is larger.
>>So, the amount of water displaced in higher.
>>At the beginning ship will sink and then slowly moved upward and sink
>>This is because the bouyant force is higher than weight of weight of water displace.
>>At the surface of water, the bouyant force will equal to the weight of water displaced makes the ship to float.


**Coin steel

>>Bouyant force is depent on the volume of water displace.
>>The area of coin steel that attach to the water is smaller
>>So, the amount of water displaced is lower
>>At beginning steel coin will move downward into water and sink at the bottom.
>>It will not move upward because the bouyant force is too small and less than the volume water displaced and maked it to sink.


That's all for today=)










17/10/11

ASSALAMUALAIKUM SEMUA...

Hmm..saya rasa kelas ini sangat menarik. Walaupun kelas dijalankan selama 3 jam, namun saya sangat gembira berada dalam kelas ini bersama-sama rakan-rakan cikgu fizik dan tambahan lagi kami bertuah mempunyai pensyarah yang 'superb', membuatkan sesi pengajaran&pembelajaran menjadi lebih menarik...:)
 JOM kita flashback apa yang telah kita pelajari pada hari ini.:)

Pada awal kelas, Dr.Nurul memberi penerangan mengenai Unit Pengajaran' iaitu sambungan dari komponen 4 hingga komponen 6. Terasa agak mencabar tugasan ini, namun belum cuba belum tahu.:).
Pada kelas kali ini, kami diperkenalkan dengan tajuk baru iaitu 'Kemahiran mikroteaching' ataupun mikro pengajaran. Unit 1 bagi kemahiran ini ialah kemahiran memulakan pengajaran yang bertujuan untuk menarik dan membuka minda pelajar terhadap topik yang akan dipelajari.

Proses ini penting untuk :
-Menarik perhatian pelajar
-Membantu pelajar untuk bersedia  dari segi kognitif dan afektif
-Membantu pelajar mengenal objektif pembelajaran
-Membina aliran pemikiran pelajar
-Dapat mengetahui pengetahuan sedia ada pelajar dan miskonsepsi mereka.

Antara teknik yang boleh digunakan ialah 'Konsep Kartun' dan 'Peta Konsep'


'KONSEP KARTUN'


Cara ini amat menarik dan lebih mudah untuk dipraktikkan lebih-lebih lagi bagi guru-guru praktikal ataupun guru yang baru mengajar kerana ianya dapat memudahkan proses P&P. Konsep ini ialah satu kaedah yang menggunakan beberapa karakter kartun dalam menghuraikan atau membincangkan tentang sesuatu konsep yang mana setiap karakter kartun mempunyai pendapat masing-masing.
Melalui konsep ini, guru akan meminta pelajar memilih pendapat kartun berdasarkan kefahaman dan pendapat masing-masing.
-Untuk mencungkil idea pelajar dengan lebih mendalam, guru boleh membuat satu lagi kotak dan meminta mana-mana pelajar memberi pandangan tentang pendapat mereka.
Menarik kan..:))hehe



PETA KONSEP


>>Dalam teknik ini mempunyai beberapa kotak yang akan diisi dengan konsep dan anak panah yang menggambarkan hubungan antara konsep di dalam kotak. 
>>Di bawah anak panah pula akan ditulis dengan ayat bermakna yang menggambarkan hubungan antara konsep-konsep.
>> Konsep ini dapat membantu pelajar dalam memahami sesuatu pembelajaran.
>>Mereka dapat mengaitkan konsep-konsep yang terdapat dalam sesuatu topik dengan lebih detail.
>>Guru boleh memperaktikkan konsep dalam proses mengcungkil idea pelajar. Contohnya guru memberikan sehelai kertas kosong dan meminta pelajar melukis satu peta konsep tentang sesuatu tajuk.
>>Ini adalah salah satu contoh peta konsep.






SEMOGA KITA DAPAT MEMBUKA MINDA DAN MEMEPELAJARI KEMAHIRAN UNTUK MEMBINA KONSEP KARTUN DAN PETA KONSEP KERANA INI MERUPAKAN SESUATU PERKARA YANG PENTING UNTUK DIAPLIKASIKAN DI SEKOLAH KELAK TERUTAMANYA SEMASA PROSES MENCUNGKIL IDEA PELAJAR...:))

Monday, 17 October 2011

Kemahiran menyoal

Hari ini,kami belajar mengenai teknik menyoal. Tetapi,sebelum bermula, Dr.Nurul bertanya kepada kami tentang apa yang kami telah belajar pada hari semalam iaitu teknik memulakan pengajaran. Ada 5 peringkat menyoal yang mana kesemuanya penting untuk dipraktikkan ketika menyoal.
1.Ajukan soalan kepada seluruh kelas
2.Memberi masa berfikir yang sesuai(wait-time)
3.Memilih pelajar untuk menjawab
4.Memberi respon/reaksi kepada jawapan pelajar
5.Beri penekanan/buat ringkasan.

antara tujuan menyoal adalah untuk:
1. Mewujudkan semangat inkuiri pelajar
2. Menarik pelajar supaya tidak pasif di dalam kelas
3. Menarik perhatian pelajar terhadap pengajaran kita
4. Menggalakkan pelajar yang tidak faham untuk mencari jalan penyelesaian bagi soalan yang diajukan.
5. Menaksir kefahaman pelajar
6. Mewujudkan suasana harmoni di dalam kelas.


PROMPTING: Guru memberi galakan kepada pelajar jika pelajar tidak boleh menjawab soalan yang diajukan. Contohnya, guru memberi klu atau mengolah soalan dalam bentuk yang lebih mudah difahami.
PROBING: Jika pelajar menjawab soalan terlalu ringkas contohnya dengan hanya menyebut frasa ataupun satu perkataan sahaja, guru hendaklah bertanya dengan lebih lanjut contohnya 'how do you know"? 'can you give example"? and so on.
Asking around: Apabila pelajar mengajukan soalan kepada guru, guru tidak secara terus menjawabnya, sebaliknya meminta pelajar lain untuk berkongsi jawapan ataupun idea mengenai soalan yang diajukan.
(redirect)
Interrelating: Guru mengaitkan semua jawapan dan idea, dan guru bantu pelajar buat kesimpulan.


Setiap kumpulan diminta untuk menghantar wakil untuk mendemonstrasi cara menyoal di dalam kelas.




Secara keseluruhannya,teknik menyoal sangat penting kerana dengan cara ini kita dapat menarik perhatian pelajar dan menggalakkan pelajar berfikir dengan aktif tentang tajuk yang diajar atau persoalan yang ditimbulkan.
:))

Friday, 7 October 2011






video sebelum bermula pembentangan...


Salam sejahtera & Salam mesra nuklear,


Mak Tijah memakan petai,
Makan di pangkin bersama Cik Ma,
Debat sudah seminar pun selesai,
Semoga berkongsi manfaat bersama

kemuncak PjBL…Walaupun dengan 'assignment' yang menimbun, beban tugas sebagai mahasiswa yang cukup mencabar, dan kekangan yang dihadapi, namun kumpulan AT12 telah berjaya untuk membuktikan kemampuan mereka dengan menganjurkan seminar Malaysia & Nuklear yang telah diadakan di Auditorium Utama pada 4 Oktober 2011.
video selepas tamat pembentangan

Walaupun jumlah 'audience' yang kurang memberangsangkan mungkin kerana faktor masa dan kuliyah,namun seminar ini berjalan dengan lancar dengan kerjasama kami semua. Jutaan terima kasih kepada pensyarah kami, Dr.Nurulhuda Abd.Rahman kerana memberi bimbingan dan tunjuk ajar kepada kami sepanjang proses menganjurkan seminar ini Malysia & Nuklear ini..semoga usaha kita bersama diberkati olehNya..
                                               
                                                                                                                           sedar ataupun tidak, 
                                                                                                                           radiasi ada di mana2,
                                                                                                                           bukan hanya sinonim 
                                                                                                                           dgn nuklear..  
            
                                                                                                                                







petroleum akan habis pada masa akan datang...nuklearlah bakal pengganti peranan petroleum...
                              In The Name of Allah The Most Gracious And The Most Merciful...

Pihak Pro vs pihak cons..hmm,perdebatan tentang isu negara yang semakin hangat diperdebatkan namun sejauh mana kita sebagai remaja abad ke-21 benar-benar menghayati isu ini. SOKONG atau BANTAH?? kadang-kadang perkara mengenai nuklear ini susah untuk kita buat keputusan kerana ada pro nye dan tidak kurang juga cons nya. Usir keliru anda dengan menetapkan satu pendirian mengenai 'RELEVENKAH TENAGA NUKLEAR DI MALAYSIA?'.

Melalui satu elemen Project Based Learning, kami diarahkan oleh DR.Nurulhuda untuk mengadakan satu sesi perdebatan yang telah pun dijalankan pada 3 Oktober 2011 pada waktu kelas 4P.

Kumpulan Pro diwakili oleh saya sendiri,Ain dan kawan saya, saudara Tarmimi. Manakala kumpulan cons diwakili oleh saudari Nurhafizah dan Hanafi.Sidang dewan menjadi gamat dengan hujah-hujah yang kami ajukan.Antara hujah pihak pro ialah nuklear bersifat mesra alam,hanya membuat mini loji sudah memadai untuk membekalkan kuasa yang besar,sokongan kerajaan, desakan sumber tenaga pada masa akan datang, kestabilan sains dan teknologi, keselamatan yang terjamin, peluang untuk meneroka ke alam lebih mencabar, peluang pekerjaan dan sebagainya....Hujah kami dipatahkan oleh pihak cons dengan mengatakan tentang bahayanya radiasi dan risiko kemalangan di loji, tiada tempat pelupusan, banyak lagi sumber lain seperti hidroelektrik,biojisim dan sebagainya.

Secara keseluruhan, Dr.Nurulhuda dan pihak pro dan cons berpuas hati dengan perdebatan tersebut tetapi menyatakan bahawa hujah pihak pro kurang mantap dan 'solid'. Ini mungkin kerana faktor masa, gemuruh dan sebagainya manakala sidang ketua dewan tidak memutuskan keputusan untuk memilih pro ataupun cons namun menyatakan Nuklear wajar digunakan bukan sebagai sumber utama,namun mewakili separuh daripada sumber tenaga di Malaysia.
Bagi saya secara peribadi, setiap tenaga ada baik dan buruknya. Jika malaysia benar-benar komited mahu menjadikan tenaga nuklear sebagai tenaga alternatif kepada sumber tenaga petroleum, seharusnya penyelidikan dilakukan dengan lebih teperinci lagi, dan kita juga seharusnya membuka minda kita bahawa tenaga ini mampu 'menyelamatkan' kita daripada masalah petroleum yang makin berkurangan dan lama kelamaan akan kehabisan. Tenaga hidroelektrik,biojisim dan lain-lain pula seakan-akan tidak mencukupi untuk memberi bekalan tenaga di seluruh Malaysia yang dijangka populasinya akan bertambah lagi pada masa akan datang.Takkan nak biarkan generasi kita kembali ke zaman lampau dengan tiadanya elektrik??Di saat itu,mungkin pihak cons akan mengubah fikiran mereka.Namun, Nasi sudah menjadi bubur.....
Ayuh,generasi muda,buka minda kita dan buang persepsi buruk terhadap nuklear. jika niat baik, InsyaAllah segalanya dimudahkan olehNYa..
Akhir kalam, 
serangkap pantun permisi debat....
Membeli ikan di kedai Kiran,
Memasak gulai bersama mama,
Ayuh rakan buka fikiran,
Jadikan NUKLEAR tenaga utama..
:))

APA YANG KITA FAHAM TENTANG KEMAHIRAN PROSES SAINS??..

Kemahiran proses sains merupakan pendedahan yang diberikan kepada pelajar untuk mereka meneroka alam sekeliling dan seterusnya membina konsep sains melalui bukti serta data yang diperolehi.Dr Nurul mengarahakan kami untuk membuat 'homework' mengenai perkara ini dan meminta kami untuk memberi penjelasan dan penerangan pada kelas berikutnya iaitu pada 27 september,hari selasa.



1.memerhati(observing)


  • Kemahiran menggunakan lima deria iaitu pendengaran, penglihatan, bau, rasa dan sentuhan untuk mengumpul maklumat tentang sesuatu objek atau fenomena
  • contoh: daun pokok itu bewarna kuning dan berlubang.

2. mengelas/ classifying
  • Menggunakan pemerhatian untuk mengelaskan objek atau peristiwa mengikut persamaan atau perbezaan.
  • contoh : terdapat banyak daun yang berwarna kuning pada pokok itu berbanding daun berwarna hijau.
3. mengukur dan menggunakan nombor ((measuring and using numbers)
  • Kebolehan membuat pemerhatian secara kuantitatif yang melibatkan penggunaan alat piawai.
  • contoh : mengambil bacaan sudut yang tepat dengan menggunakan protaktor.
4. membuat inferens.
  • kesimpulan awal untuk menerangkan sesuatu pemerhatian, fenomena, kejadian atau peristiwa berdasarkan pemerhatian yang telah dibuat.
  • ianya boleh jadi benar @ tidak
  • menggunkan logik akal atau pengalaman lalu untuk membuat inferens ini
  • contoh : daun pokok itu kekuningan disebabkan terlebih baja NPK.
5. Meramal (predicting). 

  • proses untuk menentukan dan menjangka peristiwa yang akan berlaku.
  • menyatakan hasil yang akan dicapai berdasarkan logik akal/pengetahuan/ yang sedia ada serta data yang boleh dipercayai.
  • contoh : jika keadaan pokok itu berlanjutan, maka pokok itu akan mati akibat terlebih baja.
6.  Berkomunikasi (communicating)
  • kemahiran yang merujuk kepada kebolehan menerima, memilih dan mempersembahkan maklumat @ idea dalam pelbagai bentuk.
  • persembahan idea @ maklumat boleh jadi dilakukan dalam bentuk graf, jadual ataupun model.
  • contoh : graf menunjukkan daya berkadar terus dengan had laju.
7. Menggunakan perhubungan ruang dan masa (using space-time relationship)
  • Kebolehan memperihalkan atau menunjukkan lokasi, arah, bentuk dan saiz sesuatu objek dan perubahannya mengikut masa.
8. Mentafsir data (interpreting data)
  • Kebolehan memberi penerangan(penjelasan) rasional tentang objek, fenomena atau pola berdasarkan maklumat yang dikumpul.
  • contoh : jika had laju bertambah, maka daya juga bertambah
9. Hipotesis: membuat satu pernyataan yang menghubungkait antara pemboleh ubah.

Pada keseluruhannya,kita sebagai bakal guru haruslah menguasai kemahiran proses sains untuk memudahkan proses P&P bersama pelajar kelak..:)

untuk renungan bersama: Hadiah Terbaik Kepada kawan - Kesetiaan,Kepada musuh - Kemaafan,Kepada ketua - Khidmat,Kepada yang muda - Contoh terbaik,Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan,Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan,Kepada manusia - Kebebasan