In The Name of Allah The Most Gracious And The Most Merciful...
Pihak Pro vs pihak cons..hmm,perdebatan tentang isu negara yang semakin hangat diperdebatkan namun sejauh mana kita sebagai remaja abad ke-21 benar-benar menghayati isu ini. SOKONG atau BANTAH?? kadang-kadang perkara mengenai nuklear ini susah untuk kita buat keputusan kerana ada pro nye dan tidak kurang juga cons nya. Usir keliru anda dengan menetapkan satu pendirian mengenai 'RELEVENKAH TENAGA NUKLEAR DI MALAYSIA?'.
Melalui satu elemen Project Based Learning, kami diarahkan oleh DR.Nurulhuda untuk mengadakan satu sesi perdebatan yang telah pun dijalankan pada 3 Oktober 2011 pada waktu kelas 4P.
Kumpulan Pro diwakili oleh saya sendiri,Ain dan kawan saya, saudara Tarmimi. Manakala kumpulan cons diwakili oleh saudari Nurhafizah dan Hanafi.Sidang dewan menjadi gamat dengan hujah-hujah yang kami ajukan.Antara hujah pihak pro ialah nuklear bersifat mesra alam,hanya membuat mini loji sudah memadai untuk membekalkan kuasa yang besar,sokongan kerajaan, desakan sumber tenaga pada masa akan datang, kestabilan sains dan teknologi, keselamatan yang terjamin, peluang untuk meneroka ke alam lebih mencabar, peluang pekerjaan dan sebagainya....Hujah kami dipatahkan oleh pihak cons dengan mengatakan tentang bahayanya radiasi dan risiko kemalangan di loji, tiada tempat pelupusan, banyak lagi sumber lain seperti hidroelektrik,biojisim dan sebagainya.
Secara keseluruhan, Dr.Nurulhuda dan pihak pro dan cons berpuas hati dengan perdebatan tersebut tetapi menyatakan bahawa hujah pihak pro kurang mantap dan 'solid'. Ini mungkin kerana faktor masa, gemuruh dan sebagainya manakala sidang ketua dewan tidak memutuskan keputusan untuk memilih pro ataupun cons namun menyatakan Nuklear wajar digunakan bukan sebagai sumber utama,namun mewakili separuh daripada sumber tenaga di Malaysia.
Bagi saya secara peribadi, setiap tenaga ada baik dan buruknya. Jika malaysia benar-benar komited mahu menjadikan tenaga nuklear sebagai tenaga alternatif kepada sumber tenaga petroleum, seharusnya penyelidikan dilakukan dengan lebih teperinci lagi, dan kita juga seharusnya membuka minda kita bahawa tenaga ini mampu 'menyelamatkan' kita daripada masalah petroleum yang makin berkurangan dan lama kelamaan akan kehabisan. Tenaga hidroelektrik,biojisim dan lain-lain pula seakan-akan tidak mencukupi untuk memberi bekalan tenaga di seluruh Malaysia yang dijangka populasinya akan bertambah lagi pada masa akan datang.Takkan nak biarkan generasi kita kembali ke zaman lampau dengan tiadanya elektrik??Di saat itu,mungkin pihak cons akan mengubah fikiran mereka.Namun, Nasi sudah menjadi bubur.....
Ayuh,generasi muda,buka minda kita dan buang persepsi buruk terhadap nuklear. jika niat baik, InsyaAllah segalanya dimudahkan olehNYa..
Akhir kalam,
serangkap pantun permisi debat....
Membeli ikan di kedai Kiran,
Memasak gulai bersama mama,
Ayuh rakan buka fikiran,
Jadikan NUKLEAR tenaga utama..
:))
No comments:
Post a Comment