1.memerhati(observing)
- Kemahiran menggunakan lima deria iaitu pendengaran, penglihatan, bau, rasa dan sentuhan untuk mengumpul maklumat tentang sesuatu objek atau fenomena
- contoh: daun pokok itu bewarna kuning dan berlubang.
2. mengelas/ classifying
- Menggunakan pemerhatian untuk mengelaskan objek atau peristiwa mengikut persamaan atau perbezaan.
- contoh : terdapat banyak daun yang berwarna kuning pada pokok itu berbanding daun berwarna hijau.
3. mengukur dan menggunakan nombor ((measuring and using numbers)
- Kebolehan membuat pemerhatian secara kuantitatif yang melibatkan penggunaan alat piawai.
- contoh : mengambil bacaan sudut yang tepat dengan menggunakan protaktor.
4. membuat inferens.
- kesimpulan awal untuk menerangkan sesuatu pemerhatian, fenomena, kejadian atau peristiwa berdasarkan pemerhatian yang telah dibuat.
- ianya boleh jadi benar @ tidak
- menggunkan logik akal atau pengalaman lalu untuk membuat inferens ini
- contoh : daun pokok itu kekuningan disebabkan terlebih baja NPK.
5. Meramal (predicting).
- proses untuk menentukan dan menjangka peristiwa yang akan berlaku.
- menyatakan hasil yang akan dicapai berdasarkan logik akal/pengetahuan/ yang sedia ada serta data yang boleh dipercayai.
- contoh : jika keadaan pokok itu berlanjutan, maka pokok itu akan mati akibat terlebih baja.
6. Berkomunikasi (communicating)
- kemahiran yang merujuk kepada kebolehan menerima, memilih dan mempersembahkan maklumat @ idea dalam pelbagai bentuk.
- persembahan idea @ maklumat boleh jadi dilakukan dalam bentuk graf, jadual ataupun model.
- contoh : graf menunjukkan daya berkadar terus dengan had laju.
7. Menggunakan perhubungan ruang dan masa (using space-time relationship)
- Kebolehan memperihalkan atau menunjukkan lokasi, arah, bentuk dan saiz sesuatu objek dan perubahannya mengikut masa.
8. Mentafsir data (interpreting data)
- Kebolehan memberi penerangan(penjelasan) rasional tentang objek, fenomena atau pola berdasarkan maklumat yang dikumpul.
- contoh : jika had laju bertambah, maka daya juga bertambah
9. Hipotesis: membuat satu pernyataan yang menghubungkait antara pemboleh ubah.
Pada keseluruhannya,kita sebagai bakal guru haruslah menguasai kemahiran proses sains untuk memudahkan proses P&P bersama pelajar kelak..:)
untuk renungan bersama: Hadiah Terbaik Kepada kawan - Kesetiaan,Kepada musuh - Kemaafan,Kepada ketua - Khidmat,Kepada yang muda - Contoh terbaik,Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan,Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan,Kepada manusia - Kebebasan
No comments:
Post a Comment