ASSALAMUALAIKUM SEMUA...
Hmm..saya rasa kelas ini sangat menarik. Walaupun kelas dijalankan selama 3 jam, namun saya sangat gembira berada dalam kelas ini bersama-sama rakan-rakan cikgu fizik dan tambahan lagi kami bertuah mempunyai pensyarah yang 'superb', membuatkan sesi pengajaran&pembelajaran menjadi lebih menarik...:)
JOM kita flashback apa yang telah kita pelajari pada hari ini.:)
Pada awal kelas, Dr.Nurul memberi penerangan mengenai Unit Pengajaran' iaitu sambungan dari komponen 4 hingga komponen 6. Terasa agak mencabar tugasan ini, namun belum cuba belum tahu.:).
Pada kelas kali ini, kami diperkenalkan dengan tajuk baru iaitu 'Kemahiran mikroteaching' ataupun mikro pengajaran. Unit 1 bagi kemahiran ini ialah kemahiran memulakan pengajaran yang bertujuan untuk menarik dan membuka minda pelajar terhadap topik yang akan dipelajari.
Proses ini penting untuk :
-Menarik perhatian pelajar
-Membantu pelajar untuk bersedia dari segi kognitif dan afektif
-Membantu pelajar mengenal objektif pembelajaran
-Membina aliran pemikiran pelajar
-Dapat mengetahui pengetahuan sedia ada pelajar dan miskonsepsi mereka.
Antara teknik yang boleh digunakan ialah 'Konsep Kartun' dan 'Peta Konsep'
'KONSEP KARTUN'
Cara ini amat menarik dan lebih mudah untuk dipraktikkan lebih-lebih lagi bagi guru-guru praktikal ataupun guru yang baru mengajar kerana ianya dapat memudahkan proses P&P. Konsep ini ialah satu kaedah yang menggunakan beberapa karakter kartun dalam menghuraikan atau membincangkan tentang sesuatu konsep yang mana setiap karakter kartun mempunyai pendapat masing-masing.
Melalui konsep ini, guru akan meminta pelajar memilih pendapat kartun berdasarkan kefahaman dan pendapat masing-masing.
-Untuk mencungkil idea pelajar dengan lebih mendalam, guru boleh membuat satu lagi kotak dan meminta mana-mana pelajar memberi pandangan tentang pendapat mereka.
Menarik kan..:))hehe
PETA KONSEP
>>Dalam teknik ini mempunyai beberapa kotak yang akan diisi dengan konsep dan anak panah yang menggambarkan hubungan antara konsep di dalam kotak.
>>Di bawah anak panah pula akan ditulis dengan ayat bermakna yang menggambarkan hubungan antara konsep-konsep.
>> Konsep ini dapat membantu pelajar dalam memahami sesuatu pembelajaran.
>>Mereka dapat mengaitkan konsep-konsep yang terdapat dalam sesuatu topik dengan lebih detail.
>>Guru boleh memperaktikkan konsep dalam proses mengcungkil idea pelajar. Contohnya guru memberikan sehelai kertas kosong dan meminta pelajar melukis satu peta konsep tentang sesuatu tajuk.
>>Ini adalah salah satu contoh peta konsep.
SEMOGA KITA DAPAT MEMBUKA MINDA DAN MEMEPELAJARI KEMAHIRAN UNTUK MEMBINA KONSEP KARTUN DAN PETA KONSEP KERANA INI MERUPAKAN SESUATU PERKARA YANG PENTING UNTUK DIAPLIKASIKAN DI SEKOLAH KELAK TERUTAMANYA SEMASA PROSES MENCUNGKIL IDEA PELAJAR...:))
No comments:
Post a Comment