Monday, 17 October 2011

Kemahiran menyoal

Hari ini,kami belajar mengenai teknik menyoal. Tetapi,sebelum bermula, Dr.Nurul bertanya kepada kami tentang apa yang kami telah belajar pada hari semalam iaitu teknik memulakan pengajaran. Ada 5 peringkat menyoal yang mana kesemuanya penting untuk dipraktikkan ketika menyoal.
1.Ajukan soalan kepada seluruh kelas
2.Memberi masa berfikir yang sesuai(wait-time)
3.Memilih pelajar untuk menjawab
4.Memberi respon/reaksi kepada jawapan pelajar
5.Beri penekanan/buat ringkasan.

antara tujuan menyoal adalah untuk:
1. Mewujudkan semangat inkuiri pelajar
2. Menarik pelajar supaya tidak pasif di dalam kelas
3. Menarik perhatian pelajar terhadap pengajaran kita
4. Menggalakkan pelajar yang tidak faham untuk mencari jalan penyelesaian bagi soalan yang diajukan.
5. Menaksir kefahaman pelajar
6. Mewujudkan suasana harmoni di dalam kelas.


PROMPTING: Guru memberi galakan kepada pelajar jika pelajar tidak boleh menjawab soalan yang diajukan. Contohnya, guru memberi klu atau mengolah soalan dalam bentuk yang lebih mudah difahami.
PROBING: Jika pelajar menjawab soalan terlalu ringkas contohnya dengan hanya menyebut frasa ataupun satu perkataan sahaja, guru hendaklah bertanya dengan lebih lanjut contohnya 'how do you know"? 'can you give example"? and so on.
Asking around: Apabila pelajar mengajukan soalan kepada guru, guru tidak secara terus menjawabnya, sebaliknya meminta pelajar lain untuk berkongsi jawapan ataupun idea mengenai soalan yang diajukan.
(redirect)
Interrelating: Guru mengaitkan semua jawapan dan idea, dan guru bantu pelajar buat kesimpulan.


Setiap kumpulan diminta untuk menghantar wakil untuk mendemonstrasi cara menyoal di dalam kelas.




Secara keseluruhannya,teknik menyoal sangat penting kerana dengan cara ini kita dapat menarik perhatian pelajar dan menggalakkan pelajar berfikir dengan aktif tentang tajuk yang diajar atau persoalan yang ditimbulkan.
:))

No comments:

Post a Comment